Tarsier Filipina
Tarsier Filipina

Tarsier Filipina

Tarsier Filipina (Carlito syrichta), juga dikenali sebagai mawumag dalam Cebuano dan bahasa Visaya lain, dan magô dalam Waray,[2][3] ialah spesies endemik tarsier di Filipina. Ia ditemui di bahagian timur selatan kepulauan, teruatamanya di kepulauan Bohol, Samar dan Leyte. Ia merupakan ahli keluarga Tarsiidae yang dianggarkan berusia 25 juta tahun, yang namanya diperolehi dari "tarsus" atau buku lali.[4] Dahulunya ialah ahli Tarsius,[5] ia kini disenaraikan sebagai satu-satunya ahli genus Carlito, genus baru yang dinamakan sempena ahli konservatologi Carlito Pizarras.[6]Julat geografinya termasuk Pulau Maripipi, Pulau Siargao, Pulau Basilan dan Pulau Dinagat.[1] Tarsier juga telah dilaporkan di Sarangani, walaupun memiliki perbezaan subspesies.Ia diperkenalkan kepada ahli biologi Barat semasa abad ke-20.[7]